Selasa, 20 Oktober 2009

SUKAN PAROKI PENAMPANG 2009’






Pada 22-23 september yang lalu, sekali lagi paroki penampang telah mengadakan sukan yang meliputi seluruh zon penampang termasuk zon kami iaitu zon 1 Babagon. Zon 1 Babagon telah menghantar beberapa peserta iaitu dalam acara olahraga, acara padang dan pasukan perbarisan untuk memeriahkan lagi suasana sukan pada masa itu.

Secara kesuluruhannya zon 1 cuma merangkul beberapa pingat sahaja selepas beberapa kontorovesi mengatakan bahawa ada diantara peserta kami yang melanggar peraturan dalam pertandingan. Secara peribadi pasukan kami sungguh kecewa dengan apa yang telah berlaku terutama sekali kepada zon yang terlibat dalam kontrovesi ini. Walau bagaimanapun semangat kami tidak patah dengan apa yang telah berlaku dan pada sukan akan datang kami akan kembali lagi untuk memperbaiki prestasi kami untuk merangkul kejuaraan. Walaupun itu sangat mustahil bagi kami, tapi bagi Tuhan sebenarnya tiada yang mustahil . akhir kata majulah sukan untuk Gereja dan negara.. semoga Tuhan senantiasa memberkat.. sekian….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan