Rabu, 20 Januari 2010

REKOLEKSI TPBP-KBP PERTAMA 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah program melibatkan TPBP dan KBP akan diadakan seperti berikut;


Program : Rekoleksi TPBP-KBP akan diadakan seperti berikut;
Tempat : Bundu Tuhan Retreat center, Ranau
Tarikh : 5,6 dan 7hb Februari 2010
Yuran : RM50.00 setiap seorang
Objektif : 1) Untuk mengetahui & mendalami tanggungjawab sebagai belia
2) Untuk persediaan belia untuk Bulan Puasa
3) Masa untuk lebih bersama-sama diantara TPBP-KBP

Peserta : Penyertaan semua ahli TPBP dan Koordinator KBP setiap zon adalah wajib.
Setiap zon boleh membawa 4 orang ahli KBP yang serius dalam pelayanan belia
(tidak termasuk koordinator)


Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan koordinator di zon anda masing-masing.

Jemputan ke Kempen Promosi Awam Honda Dream (HDF4)

Belia/Pelajar/Calon Peserta


Jemputan ke Kempen Promosi Awam Honda Dream (HDF4)

Honda Dream Fund adalah merupakan projek kemsyarakatan di bawah inisiatif Honda Global Pholanthropy. Dengan kerjasama United Nations Development Programme. Projek ini telah menyediakan/memberikan peluangkepada belia-belia yang kurang bernasib baik untuk meneruskan pelajaran atau untuk mendapatkan latihan kemahiran di Malaysia. Sejak penubuhannya pada 2007, sejumlah 60 pelajar telah dianugerahkan biasiswa ini.

Tahun ini, ssaran HDF4 adalah komuniti orang asal di kamung-kampung di seluruh semenanjung Malaysia, sabah dan Sarawak, terutamanya yang berada di kawasan luar Bandar. Keutamaan ini diberikan kepada anda yang berminat untuk menyertai kempen Promosi Awam Honda Dreams Fund 4 (HDF4) ini, yang akan diadakan pada:

Tarikh : 27hb Januari 2010 (rabu)
Masa : 9.30am (pendaftaran)
Tempat : Dewan Perpustakaan Penampang, Bandar Donggongon

Tarikh :28hb Januari 2010 (khamis)
Masa : 1.00pm (pendaftaran)
Tempat : Dewan serbaguna Kg. Tinangol, Kudat

Penyertaan terhad kepada 100 orang sahaja (siapa cepat dia dapat)

Kumpulan sasaran?kriteria
1) Belia yang berumur dari 17-18 tahun
2) Belia yang datang dari keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan.
3) Belia yang tidak terikat dengan sebarang bantuan biasiswa atau Pinjaman lain.
4) Belia yang mempunyai latar belakang akademik sederhana tetapi berminat untuk meneruskan latihan seperti dalam bidang pendandan rambut, tukang masak, juruelektrik dan lain-lain lagi yang boleh dipertimbangkan.

Untuk keterangan lanjut dan pengesahan kehadiran, sila hubungi:-

1) Christina david – 0168055815 (penampang)
2) Fancy Mangambai – 013 5466471 (kudat)


“Honda Dreams Fund adalah peluang yang saya tunggu untuk menunaikan impian impian saya”

JADUAL RETRET (CSE) Pertapaan Karmel Kaingaran Tambunan sesi January-June 2010



Kongregasi
Sisters Putri Karmel
Brothers Carmelitae Sancti Eliae (CSE)

Batu 4, Jalan Kaingaran
Tambunan.
Tel: 087-775158 (8am-2pm), 0138772529
-0135461420,Fax: 087774336

Website: www.holytrinitycarmel.com/Sabah
Email: pkarmsbh@yahoo.com.uk

JANUARY
22-24 : Retret Awal (Seminar Hidup Baru Dalam Roh),
Retret Kuasa Penyembuhan dalam Ekaristi.

FEBRUARY
14-15 : Perayaan Valentine Day (Saling Mengasihi seperti Kristus mengasihi kita)
26-28 : Retret Penyembuhan Batin

MARCH
16-19 : Camping Remaja (13-18 Tahun)
26-28 : Retret Mengatasi Kelamahan

APRIL
9-11 : Retret Panggilan
23-2 : Retret Pohon Keluarga

MEI
14-16 : Retret Kedewasaan rohani, Retret Doa Maria
21-23 : Retret Mengenal Peribadi dan Kuasa Roh Kudus

JUNE
05 : Misa Penyembuhan, jam 10:00 pagi
11-13 : Retret Cina (Pohon Keluarga)
18-20 : Retret Pasangan Suami-isteri
(Theology of the Body, Pope John Paul II)

(AGM) Zon 1 Babagon

Pada 10 januari 2010 bertempat di Chapel Saints Peter & Paul babagon, satu pembubaran dan pembentukkan AJK Komiti Belia Perlaksana(KBP) Zon 1 Babagon 2010-2011 telah diadakan. Untuk makluman ,16 orang calon telah dipilih dalam persediaan AGM pada 8 januari yang lalu. Dan pada AGM ini, 12 calon lagi akan ditapis melalui undian umat untuk dijadikan ahli KBP induk. Dalam AGM ini, KBP Zon 1 Babagon telah menjemput tim TPBP dari Paroki Penampang untuk mengendalikan segala proses terutama sekali dalam proses pengundian.


AGM ini dimulakan dengan Doa pembukaan yang di pimpin oleh Sr. Rita, dalam Doa ini, Sr.Rita telah membawa para belia-belia dan calon-calon yang ada di situ untuk merenung bacaan (Yoh15:16) yang mengatakan bahawa “bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu. Dan Aku telah menetapkan kamu, supaya kamu pergi dan menghasilkan buah dan buahmu itu tetap, supaya apa yang kamu minta kepada Bapa dalam nama-Ku diberikan-Nya kepadamu”. Selepas doa pembukaan, Sr.Rita meneruskan sesinya dengan memberi beberapa perkongsian yang berkaitan dengan cabaran-cabaran untuk menjadi seorang pemimpin.


Setelah selesai sesi Doa dan perkongsian, saudara Julianus selaku pengerusi TPBP penampang pula mengendalikan sesinya iaitu sesi pengundian dan pemilihan pemegang jawatan pengerusi baru 2010-2011. Setelah selesai semua proses pengundian ini, kini jawatan pengerusi baru sudah dilantik. Dan pada tahun 2010-2011 ini, jawatan pengerusi KBP Zon 1 babagon telah disandang oleh saudari Melly Lingkukman. Di akhir AGM ini saudara julianus sempat memberikan kata-kata semangat dan sedikit perkongsiannya untuk para AJK yang baru dilantik untuk menaikkan semangat mereka dalam pelayanan. Diharapkn pada tahun 2010 ini KBP dari Zon 1 Bbagon senantiasa bergerak aktif untuk mencari belia-belia yang masih lagi tertidur daripada ajaran agama dan aktiviti gereja. Sekian…

Lembaran 2010



Waahh.. 2010 suda kan,,hee Sebelum saya memulakan lembaran saya pada 2010 ini, saya ingin memohon maaf di atas ketidak aktifan saya untuk memberi cerita atau berita terkini dalam kehidupan seharian saya bersama dengan rakan-rakan saya terutamnya pada hujung tahun lepas, sebab utama adalah kerana saya terlalu sibuk dengan persekolahan dan dengan aktiviti gereja. Soo.. bagaimana dengan perayaan krismas dan saat menentikan tahun baru anda? Suda tentu meriah kan dan semua pun mungkin mempunyai pengalaman yang sangat mengembirakan. Mungkin dalam tahun ini kebanyakan diantara kamu sudah mempunyai azam masing-masing. Dan saya harap Tuhan senantiasa menyertai kamu dalam kehidupan kamu untuk mencapai apa yang kamu impikan.

Selasa, 20 Oktober 2009

PERTAPAAN KARMEL KAINGARAN TAMBUNAN

Shalom.. siapa di antara kamu yang suda pernah join Retret di Kaingaran Tambunan? Dalam tahun ini saya baru 4 kali ke sana termasuk bulan Dec tahun lalu. Retret yang telah saya ikuti ialah Retret penyembuhan batin 2 kali, Retret awal iaitu Retret hidup baru dalam Roh dan Retret panggilan.. walaupun saya sudah beberapa kali ke sana namun kerinduan dan keinginan untuk pergi ke pertapaan memang tidak pernah putus2. Secara peribadi ada sesuatu yang membuatkan saya tertarik untuk pergi ke sana tetapi susah untuk saya ungkapkan dengan kata2, dan jika kamu tertanya-tanya apakah yang telah membuatkan saya tertarik untuk pergi ke sana, bukala pintu hati anda, dengar panggilan Tuhan bahawa pada saat anda membaca artikel ini anda sudah pun terpanggil untuk ke sana, tetapi masanya Cuma kamu yang menentukan bila..

Berikut adalah jadual Retret pada sesi July-Dec 2009:-

Kongregasi
Sisters Putri Karmel
Brothers Carmelitae Sancti Eliae (CSE)

Batu 4, Jalan Kaingaran
Tambunan.
Tel: 087-775158 (8am-2pm), 0138772529
-0135461420,Fax: 087774336

Website: www.holytrinitycarmel.com/Sabah
Email: pkarmsbh@yahoo.com.uk

JULAI
3 -5 : Ret. Awal
31 – 2 Aug : Ret. Penyembuhan Pohon Keluarga

OGOS
22 – 24 : Camping Kanak-kanak
28 – 30 : Ret. Cina (Penyelenggaraan Ilahi)

SEPTEMBER
11 – 13 : Ret. Mengatasi Kelemahan
19 – 21 : Ret. Penyembuhan Batin

OKTOBER
2 – 4 : Ret. Doa Maria
16 – 18 : English Retreat “St.Theresia Lisieux”

NOVEMBER
20 – 22 : Ret. Panggilan
27 – 29 : Ret. Penyembuhan Batin

My Retreat Pic.....

Retret Awal (Jan)


Retret Pangilan (feb)


Retret Penyembuhan Batin (Mei)


Retret Penyembuhan Batin (dis 2008)




SUKAN PAROKI PENAMPANG 2009’






Pada 22-23 september yang lalu, sekali lagi paroki penampang telah mengadakan sukan yang meliputi seluruh zon penampang termasuk zon kami iaitu zon 1 Babagon. Zon 1 Babagon telah menghantar beberapa peserta iaitu dalam acara olahraga, acara padang dan pasukan perbarisan untuk memeriahkan lagi suasana sukan pada masa itu.

Secara kesuluruhannya zon 1 cuma merangkul beberapa pingat sahaja selepas beberapa kontorovesi mengatakan bahawa ada diantara peserta kami yang melanggar peraturan dalam pertandingan. Secara peribadi pasukan kami sungguh kecewa dengan apa yang telah berlaku terutama sekali kepada zon yang terlibat dalam kontrovesi ini. Walau bagaimanapun semangat kami tidak patah dengan apa yang telah berlaku dan pada sukan akan datang kami akan kembali lagi untuk memperbaiki prestasi kami untuk merangkul kejuaraan. Walaupun itu sangat mustahil bagi kami, tapi bagi Tuhan sebenarnya tiada yang mustahil . akhir kata majulah sukan untuk Gereja dan negara.. semoga Tuhan senantiasa memberkat.. sekian….


CATHOLIC STUDENT GROUP (CSG) Politeknik kota kinabalu

Shallom… Bila saya renung2 kembali tentang ‘CSG’.. suda 2 bulan saya tidak mengikuti pergerakan pelayanan ini yang dulunya saya sentiasa memberi komitmen yang tinggi dengan aktiviti2 atau program2 yang dianjurkan.. aktiviti terakhir yang saya ikut serta pun pada 22-23 bulan ogos yang lalu iaitu ‘welcoming junior party’ (WJP) .. Aduuiii.. Terasa rindu pula dengan ‘CSG’ terutamanya rakan2 seperjuangan.. Masa di Poli pun jarang tejumpa sebab masing2 pun sibuk dengan tugasan harian.. Sebab utama saya tidak lagi dapat memberi komitmen yang tinggi pada perkumpulan ini adalah kerana di zon saya sendiri iaitu zon 1 babagon, penampang sedang padat dengan aktiviti2 gereja terutamanya pada hujung minggu.. Dan sebagai timbalan Kordinator, tanggungjawab untuk menjalankan tugas dan menjaga belia2 aktif yang pada masa ini semakin bertambah juga adalah amat berat sekali..

Di ruangan ini saya ingin memperlihatkan beberapa aktiviti2 ‘CSG’ yang sempat saya ikuti…

Annual Gathering Meeting (AGM)


Belia Masuk Kampung (BMK)



Bulan Rosary Kg.Kinasaraban Ranau (Rmh Erbie)


Finale Gathering


Jalan Salib (Penampang)


Retret Penyembuhan Batin (Kaingaran)



Aktiviti terbaru yang saya tidak dapat turut serta adalah Hari Warga Kampus ‘HWK’ yang diadakan di Sacred Heart Kota Kinabalu kerana pada masa itu saya terlibat dalam sukan paroki penampang di kompleks sukan Penampang.. mohon maaf kepada rakan2 ‘CSG’ kerana saya tidak dapat turut serta dalam ‘HWK’ dan terima kasih atas pengalaman yang telah kita kongsi bersama sebelum ini.. walaupun kadang2 saya tidak bersama dengan ‘CSG’ tetapi saya sentiasa membawa perkumpulan ini dalam doa.. Teruskan pelayanan dan semoga Tuhan senantiasa memberkati kita semua… sekian..