
AGM ini dimulakan dengan Doa pembukaan yang di pimpin oleh Sr. Rita, dalam Doa ini, Sr.Rita telah membawa para belia-belia dan calon-calon yang ada di situ untuk merenung bacaan (Yoh15:16) yang mengatakan bahawa “bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu. Dan Aku telah menetapkan kamu, supaya kamu pergi dan menghasilkan buah dan buahmu itu tetap, supaya apa yang kamu minta kepada Bapa dalam nama-Ku diberikan-Nya kepadamu”. Selepas doa pembukaan, Sr.Rita meneruskan sesinya dengan memberi beberapa perkongsian yang berkaitan dengan cabaran-cabaran untuk menjadi seorang pemimpin.
Setelah selesai sesi Doa dan perkongsian, saudara Julianus selaku pengerusi TPBP penampang pula mengendalikan sesinya iaitu sesi pengundian dan pemilihan pemegang jawatan pengerusi baru 2010-2011. Setelah selesai semua proses pengundian ini, kini jawatan pengerusi baru sudah dilantik. Dan pada tahun 2010-2011 ini, jawatan pengerusi KBP Zon 1 babagon telah disandang oleh saudari Melly Lingkukman. Di akhir AGM ini saudara julianus sempat memberikan kata-kata semangat dan sedikit perkongsiannya untuk para AJK yang baru dilantik untuk menaikkan semangat mereka dalam pelayanan. Diharapkn pada tahun 2010 ini KBP dari Zon 1 Bbagon senantiasa bergerak aktif untuk mencari belia-belia yang masih lagi tertidur daripada ajaran agama dan aktiviti gereja. Sekian…
Inda ada senarai penuh kah?
BalasPadam