Khamis, 1 Oktober 2009

"Penampang Youth Day-1"


Pada 28-30 ogos yang lalu, team TPBP dari Paroki St. Michael Penampang telah menganjurkan satu program iaitu 'Penampang Youth Day' yang pertama. Program ini wujud selepas sahaja susulan maklumbalas daripada konsultasi belia yang telah diadakan beberapa bulan yang lalu. Tema bagi 'Penampang Youth Day' yang pertama ini ialah "kita menaruh pengharapan kepada Allah yang hidup" (1 tim 4:10). Lokasi pertama bagi program ini bertempat di Sacred Heart curch Inobong.

Baa.. sa mau cerita kunu ni pengalaman saya.. tapi sebelum tu, sepa kamu yang ada pigi ni program angkat tangan..hee! sebenarnya saya suda merasakan aura2 PYD1 ini sejak beberapa bulan sebelum program ini berjalan, sebab kana suru datang miting jak gea.. Bila beberapa kali saya join miting ni PYD1, trus terlintas dalam fikiran saya mau bawa banyak2 belia dari zon saya iaitu zon 1 babagon untuk join sebab ni program sangat2 sesuai untuk belia2 di zon saya supaya dalam program ini dorang dapat lebih aktif lagi dalam pelayanan gereja.. baa..apa lagi, barabis la kunu saya mencari peserta, dan puji tuhan, seramai 40 lebih belia dari zon 1 babagon yang telah menyertai program ini...

*PENGALAMAN....

kalau mau cerita pasal pengalama
n saya masa PYD1 ni memang satu ari baru abis..hehe ok la.. sa kasi mula dengan pengalaman manis kaka.. dalam program ni pengalaman paling manis bagi saya ialah dapat melayani Tuhan dengan sesama belia dari zon-zon lain yang telah diciptakan serupa dengan gambaran Kristus, Dapat merapatkan lagi hubungan dengan belia yang suda atau yang belum kita kenal.. dalam sesi ceramah pula, saya dapat mengenali apakah peranan saya sebagai belia, isu2 dunia yang pada saat ini sudah dalam zaman globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan, isu2 -ve belia dan cara untuk mengatasinya, mengenal dan memahami panggilan dalam hidup contohnya menjadi gembala kristus untuk menyebarkan khabar gembira dan part yang paling menarik adalah sesi soal jawab bersama seorang peguam yang saya lupa suda nama dia iaitu berkaitan dengan isu2 yang semakin hangat diperkatakan, tapi saya inda boleh sebut la.. sensitive gea..hee pengalaman lain pula, team KBP zon 1 dapat tambah duit tabungan dengan berniaga burger (burger melatah).. jangan main2, banyak kama yang tejual..hehee

*PENGALAMAN PAHIT...

bila saya renung2 balik dalam 3 ari tu, semua pun pengalaman manis.. tapi ada juga la beberpa part yang buat saya stersss kunu.. sala satunya time baru sampai, sebenarnya saya ketua kontinjen kunu, tapi inda tau kanapa saya mcam inda yakin jak mau urus itu ini.. nasib lagi ada belia lain yang tolong terutamnya sekali masalah penginapan.. tapi bagi saya perkara kecil jak ba tu.hehee umm..pa lagi ar.. o.ya.. kalau kamu mau tau, dalam team kami hampir 50% belia termasuk saya pandai melatah kunu.. time hari pertama tu saya perasaan juga yang dorang talampau main terutamanya main2 melata, itu sebenarnya bukan sebab dari dorang sendiri, tapi belia dari zon-zon lain yang kuat mengacau.. sa pun satu, suda tau ketua kontinjen nda lagi pandai tegur. bukan inda pandai, tapi nada mau dorang sakit ati gea, jadi kasi biar jak la.. tapi part yang buat saya betul2 sakit hati ialah yang bisuk2 dia. semua belia kana tegur oleh Fr. Julius Sading yang melatah ini merupakan satu kecacatan dan harus dihentikan.. secara perabadi saya sendiri pun setuju dengan apa yang dia cakap walaupun saya sendiri melatah.. so, sa harap belia2 yang lain janganlah telampau sakit hati ar, bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih..

baa..itu ja la kio.. sebelum saya mau mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang dengan sempurnanya telah melaksanakan tugas mereka dengan amat baik sekali, di samping itu juga dapat memberikan impak yang +ve kepada saya dan semua belia2 dari zon lain...
sekian....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan