Isnin, 20 Julai 2009

aktiviti tim belia pada hujung minggu.

hallo.... hari ni ada sa mau kasi cerita sama kamu ba ni pasal aktiviti yang kami buat pada 20 julai 2009 bersamaan dengan hari minggu yang lalu. kalau kamu mau tau, team kami ini adalah tim dari chapel st.Peter and Paul Babagon, penampang yang terdiri daripada 8 orang. kamu mau tau nama-nama dorang ka..??hehee.. ok..jejaka-jejaka macho yang terlibat dalam ekspidisi ini ialah, sonny dikenali juga sebagai YOYOU, gillie, kading,gumi,gundul,baxter,roy dan kalung...


Tujuan ekspidisi kami ini adalah ingin beralih seketika ke tempat yang lebih sunyi setelah beberapa hari bertugas dalam menjalankan aktiviti kampung dan gereja yang begitu memenatkan tapi seronok.. Kalau sa inda silap, kami mula jalan jam 11.00am dari pintu pagar empangan kg.Babagon. dalam perjalanan kami ini, kami terpaksa kaka menempuhi beberapa halangan yang inda berapa mencabar tapi merbahaya contohnya batu-batu yang tinggi serta permukaannya yang licin. cuba kamu tingu tu gambar kami, gembira teramat sangat moti kami time tu, jangan jeles ar..hahaa selepas berjalan beberapa minit, kami pun sampai di perhentian di mana kami akan menaiki bot untuk pergi ke tempat yang ditujui.. kamu mau tau ka, ada moti diantara kami yang 1st time naik bot.. teruja kali dia tu tenaik bot yang kelajuannya mencecah 100 kuasa kura-kura..


Selepas berada beberapa jam, kami pun sampai di tempat yang kami tujui.. memandangkan pada masa itu belum ada lagi yang penat, kami pun meneruskan perjalanan kami sebab mau pigi tingu kaka satu batu basar yang ada lubang di satu sudut bahagian batu itu. Perjalanan untuk sampai di sana memakan masa hampir-hampir setengah jam. Jadi kalau pulang balik kira-kira satu jam la kaka. Lepas saja sampai di tempat yang kami ingin tujui, kami betul-betul teruja dengan bentuk lubang yang terbentuk di bahagian batu yang sangat mustahil dapat dibuat oleh manusia pada zaman dahulu. kalau kamu inda percaya cuba kamu tingu dalam gambar. Si gumi pun ada juga kasi cerita sejarah dia tapi sa lupa suda..hehee memandangkan berdekatan dengan tempat kami bediri-diri ada sungai yang sesuai untuk kami terjun-terjun degan pelbagai gaya peringkat dunia. Jadi kami pun singga la di situ sekejap untuk bermandi-manda.. kamu tingu la dalam tu gambar betapa seronoknya dorang mandi sambil senyum-senyum padahal kesejukan suda.


Lepas beberapa minit bermandi-manda kami pun balik di pondok tempat perhentian sebenar kami, tapi dalam perjalanan balik kami sempat juga singa sulap orang yang noromuk suda pigi tingu-tingu manatau ada barang-barang yang boleh dicuri tapi rupa-rupanya yang kami dapat Cuma balador bikin bakar untuk monsudu.. kalau kamu tengok gambar yang ada pondok di siring-siring sungai, sebenarnya di sanalah tempat kami lepak-lepak.. kalau kamu mau tau aktiviti kami masa tu, kami masak mee sedap satu paket dan makan bersama-sama, lepas itu kami ada pangang-pangang sosej sama minum-minum sikit.. jangan silap ar, kami minum yang teda peratus punya, Cuma oren-oren saja.. lepas rehat sambil berborak-borak kosong, kami membuat satu sesi untuk menyanyikan lagu-lagu pujian, dalam sesi ini kami telah diajar oleh si gumi beberapa teknik-teknik dan jenis-jenis suara dan bagaimana untuk mengunakan suara itu dalam koir. Selepas itu kami juga ada melakukan beberapa perkongsian dalam pelayanan kami di dalam dan luar gereja..


Kami bertolak balik pada jam 5.30pm. dalam perjalanan balik, kami menghadapi masalah yang sangat besar di mana enjin bot kami buat hal inda buli start, punyala bikin takut time tu, hujan kuat lagi.. jadi kami mengambil keputusan kaka untuk jadi hero tolak tu bot sampai di tampat di mana kami mula.. doi gea, luas bat tu empangan sampai saya sendiri pun inda larat suda mau tolak.. kami tolak tu bot sampai betul-betul di tanga empangan jam 8.00pm galap-galap suda sebelum si gillie mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari rakannya. Bayangkan dalam situasi yang kritikal begini pun kami masih boleh brabis katawa sebab terhibur dengan sahabat kami yang sudah sampai tahap master dalam bidang melatah.. kira-kira dalam 40minit bantuan kami pun sampai dan bot kami ditarik dan sampai ke darat pada jam 9.30pm. sebenarnya kami rancang mau balik rumah jam 6.00pm, tapi sekali tiba-tiba perkara yang tidak di sangka-sangka berlaku, jadi semua kami sampai rumah masing-masing jam 10.00pm. kompom ada yang kana cuci telinga sama mama atau bapa..


bila saya renung balik perjalanan kami dari mula hinga akhir, walaupun kami berada dalam keadaan yang amat membimbangkan, kami sering Bantu-membantu contohnya berusaha untuk menarik bot untuk balik. Kami juga sering menghiburkan mereka yang berada di dalam kerisauan. Kami berkongsi makanan bersama-sama walaupun makanan yang kami bawa itu tidak mencukupi. Kami berjalan bersama-sama dan mengambil berat di antara satu dengan yang lain terutamanya apabila ada seseorang yang menghadapi kemalangan kecil. Di antara kami tidak pernah timbul perselisihan faham, semua perkara dapat kami seleaikan bersama-sama. Dengan itu, hargailah mereka yang kamu gelar sahabat walaupun dalam susah atau senang yang kamu tempuhi…

7 ulasan:

  1. malas sia sama kamu semua o..... nda pandai bawa urang p memancing.... "kami nda suka"

    BalasPadam
  2. Uiii...kamu kan jaat o...main siok sendiri ja...kami marah maa ni...ndak pandai bawa org..tia pa kami buat camping yg happening pnya...ndak mau kasi ikut kamu maa...hehehe

    BalasPadam
  3. macamana gea mau bawa.. inda muat 2 but titanic dorang si gille.. moi tanud suai tadau la kio..hehee

    BalasPadam
  4. suru gilie buat tu titanic yg besar skit..

    BalasPadam
  5. Odoi dogo!!!
    Mentang2 la kamu disana, xda pandai bawa org di sini ne...huh
    Siok owh kamu..he2..

    BalasPadam
  6. saya sukaaaa....huhu...tym p sini saya masih kogutan...haha..oppsss..talapas..

    BalasPadam