Khamis, 3 September 2009

WELCOMING JUNIOR PARTY







'junior2 yang baru'









Pada 22-23 Ogos 2009 bersamaan dengan hari sabtu dan ahad yang lalu, team CSG iaitu lebih dikenali sebagai Cotolic Student Group Our Lady of Fatima bahagian Politeknik Kota Kinabalu telah menganjurkan satu program iaitu ‘Welcoming Junior Party’ yang bertempat di CSG center (Shantau Sacred Heart). Tema untuk program ini ialah “Kasih Tuhan Yesus itu adalah cinta, seperti kasihNya seputih bulu domba”.


‘WJP’ ini biasanya diadakan sekali dalam satu semester. Tujuan ‘WJP’ ini diadakan adalah untuk meraikan kedatangan atau kemasukan pelajar junior dalam team CSG ini. Di samping itu juga, mereka akan diperkenalkan dengan latar belakang CSG dan program-program yang biasanya akan dilakukan sepanjang satu semester.


Aktiviti-aktiviti yang telah kami lakukan sepanjang dua hari ini adalah seperti, praise & worship, pertunjkan slide, icebreaking, ceramah, sharing, sesi bergambar, persembahan atas pentas, pergi ke misa kudus di Carmelite Mona stery dan sebagainya.



Dalam dua hari ini, banyak yang telah kami pelajari terutaman sekali di dalan sesi ceramah. Kami juga dapat mengeratkan hubungan diantara sesama kami dan dengan Tuhan. Dan yang paling penting sekali, kami lebih menyadari bahawa CSG ini adalah tempat di mana kita melayani Tuhan dan merupakan keluarga kedua bagi kita di dalam kampus.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada penasihat kami iaitu En. Paulus dan Ms. Adelin....







'kalau kamu nampak tu 4

orang yang pegang mangkuk basar, itu la dia tukang masak dalam program ini..'













'ramai jua kami kan..??'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan