Selasa, 21 Julai 2009

PROGRAM KESEDARAN DAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR

PENAMPANG – pada 18 julai 2009 bersamaan dengan hari sabtu yang lalu, satu Program Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar anjuran Komiti Belia Perlaksana (KBP) Zon 1 Babagon dan Zon 13 Moyog telah diadakan, bertempat di Padang kg.madsiang yang juga menjadi tempat di mana pelancaran pertama iaitu pembukaan program sebelum program yang sama akan dijalankan oleh setiap kampung di sekitar kawasan Zon 1 Babagon dan Zon 13 Moyog.


Program ini dihadiri oleh 180 orang termasuk jemputan yang telah dibuat seperti Rector Rev. fr. Alex Sipanul, sr. Rita Prisca, Pn. Anne Lasimbang, Team Pelayanan Belia Paroki (TPBP), Pengerusi Pastoral Komiti Zon 1 Babagon En. Roger Sampil, Pengerusi JKKK, dan ketua kampung madsiang. Program yang dikendalikan oleh belia-belia kg. madsiang ini bermula pada jam 8.00am yang didahuluai dengan beberapa ucapan daripada Pn. Anne Lasimbang disusuli dengan En.Roger Sampil, seterusnya Pengerusi (TPBP) dan diakhiri oleh Rev. Fr. Alex Sipanul Yang seterusnya Memimpin Doa pembukaan Program. setelah itu, perasmian telah dilakukan dengan menanam pokok kayu asli yang dilakukan oleh beberapa jemputan.


Setelah selesai bersarapan, aktiviti yang seterusnya telah dikendalikan oleh Sr. Rita Prisca yang mana pada awal aktiviti, dia telah membawa para belia untuk membuat renungan dengan clip video yang telah dia sediakan. Setelah selesai sesi renungan, Sr. Rita memberi sedikit tugasan pada para belia iaitu untuk membincangkan dan seterusnya memberi maklumbalas tentang perubahan ketara alam sekitar pada zaman dahulu dan sekarang. Dalam tugasan ini juga, para belia ditugaskan untuk membentangkan hasil daripada perbincangan mereka di setiap kumpulan. Hasil daripada tugasan yang diberikan adalah sangat memuaskan, dimana para belia sedar akan perubahan yang tidak baik sedang berlaku di muka bumi ini terutamanya di kawasan yang mereka diami. Masalah alam sekitar yang kerap diutarakan oleh para belia adalah berkaitan dengan pencemaran air, udara, penebangan pokok dan pengondolan bukit iaitu hasil daripada sifat tamak dan tidak bertanggungjawab oleh segelintir umat manusia yang hanya ingin mengejar kekayaan.


Aktiviti yang seterusnya adalah berkaitan dengan pengunaan palstik yang semakin menjadi-jadi dimana Sr. Rita mengatakan bahawa plastik adalah bahan yang mana mengambil masa berabad-abad untuk terurai. Sr. Rita juga menyentuh tentang bahayanya bahan plastik yang sudah terurai iaitu meninggalkan sisa kimia yang boleh mencemarkan air serta boleh mengakibatkan manusia mudah mendapat penyakit dengan menggunakan air tersebut. Dengan itu, satu aktiviti memprotes pengunaan plastik dilakukan dengan mengumpul dan mengikat plastik yang sering kita gunakan seterusnya menyimpannya daripada digunakan dengan berleluasa. Sr. Rita juga menasihati para belia supaya sentiasa mengunakkan bakul yang sama setiap hari untuk mengelakkan daripada mengunakan bakul plastik. Di akhir aktiviti ini, beberapa petikan dari alkitab dibacakan untuk renungan para belia dan disusuli dengan beberapa perkongsian dan nasihat daripada Sr. Rita.


Setelah selesai aktiviti yang dikendalikan oleh sr.Rita, aktiviti yang seterusnya adalah bergotong-royong dimana semua para belia melakukan gotong-royong bersama-sama dengan memungut sampah di kawasan kg.Madsiang. aktiviti gotong-royong ini berjalan selama setengah jam sahaja kerana kesuntukan masa. Setelah selesai bergotong-royong, para belia pula disajikan dengan makanan tengahari sebelum sesi seterusnya iaitu sesi penilaian program di mana para belia diminta untuk mengemukakan maklumbalas mereka tentang keseluruhan program yang telah mereka ikuti dari pagi hinggalah ke petang. Setelah selesai sesi maklumbalas, sesi seterusnya adalah sesi penyerahan banes pada kampung yang akan menjadi tuan rumah yang seterusnya untuk melakukan program yang sama. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh pengerusi program kg.madsiang initu Marcus Yunal kepada pengerusi program kg.Timpoluon initu Sonny Ryan dan seterusnya memberikan beberapa ucapan serta memberikan gambaran tentang program yang akan dilakukan oleh belia di kampung beliau yang akan diadakan pada 2 ogos 2009 bertempat di kawasa kediaman en.poulin gindayuk iaitu wakil JKKK kg.Timpoluon.


Dalam sesi penutupan, satu sasi Doa telah dilakukan dengan pimpinan tim sokongan iaitu Leslie Bijuin. Para belia juga dibawa untuk berdoa bersama-sama dalam Doa Belia Penampang yang baru juga diperkenalkan dalam tahun ini. Setelah selesai sesi penutupan, aktiviti terakhir yang dilakukan adalah perlawanan persahabatan bola sepak di mana team sokongan iaitu gabungan belia daripada Zon1 dan Zon 13 akan berlawan dengan belia-belia yang telah menganjurkan program ini iaitu belia-belia dari kg.Madsiang. sungguh pun perlawanan ini tidak dapat disertai oleh semua para belia, namum para belia dihiburkan dengan menyaksikan perlawanan yang sangat hebat sambil bergelak ketawa dengan ulasan perlawanan yang dilakukan oleh Nestor Gupuk yang sangat melucukan. Perlawana persahabatan ini berakhir kira-kira jam 5.00pm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan