Ahad, 6 September 2009



LEMBARAN UNTUKMU...

sahabatKu yang tersayang..

Apa khabar? Aku mengutusimu kerana Aku merasa terdesak untuk memberitahumu betapa Aku menyangimu dan mengambil berat tentang dirimu. Aku melihat engkau kelmarin, ketika kau sedang berbual-bual dengan teman-temanmu. Aku menunggu sepanjang hari, berharap agar kau ingin berbual-bual denganKu juga, ketika senja menjelang tiba, Aku memberikan lembayung yang indah untuk mengakhiri harimu dengan bayu senja yang nyaman untuk melegakanmu dan terus menunggumu yang tidak pernah datang. oh.. sudah tentu itu melukai hatiku... namun Aku tetap mencintaimu kerana Aku adalah sahabatmu.

Malam tadi Aku mengunjungimu ketika engkau sedang tidur dan Aku begitu ingin sekali menyentuh keningmu, namun Aku membiarkan cahaya bulan menyimbah ke bantal dan wajahmu. Aku menunggu lagi, keinginanKu untuk turun dan berbual-bual denganmu begitu mendesak sekali.

Aku mempunyai banyak hadiah untukmu. tetapi pagi berikutnya engkau terbangun lewat dan tergesa-gesa pergi dengan tugasan harianmu. Air mataKu bercucuran bersama dengan titisan hujan. hari ini engkau kelihatan amat sedih, dan keseorangan. Aku dengan hatiKu turut tersekasa kerana Aku memahami perasaanmu. beberapa kali sahabat-sahabatKu mengecewakan Aku dan melukai hatiKu, namun aku tetap mencintaimu. oh...kalau saja kau ingin mendengar kata-kataKu... Aku mencintaimu...Aku cuba memberitahumu tentang cintaKu melalui langit yang biru dan rumput-rumput yang menghijau. Aku membisikan cintaKu melalui geslan daun-daun dan menghembuskannya pada warna-warna bunga. Aku menjeritkan cintaKu pada pada lembah-lembah sungai dan memberikan burung-burung lagu cinta untuk dinyanyikan. Aku menyelimuti dengan sinar mentari dan mengharumkan udara di sekelilingmu dengan wangi-wangian alam semula jadi. ketahuilah... bahawa cintaKu padamu lebih dalam dari lautan dan lebih besar daripada perkara yang terbesar yang engkau perlukan di dalam hidupmu. oh... kalau saja engkau tahu betapa aku ingin sekali berjalan dan berbual-bual denganmu. bersama-sama kita boleh menikmati suatu kehidupan yang kekal dan abadi di surga.

Aku tahu betapa pedih dan sukar kehidupan di dunia ini, aku sungguh memahami keadaanmu, keluargamu, sahabat-sahabatmu dan Aku ingin menolongmu. Aku ingin agar engkau menemui BapaKu. dia juga ingin menolongmu.

hanya berseru kepadaKu, minta padaKu dan berbual denganku. ... tolonglah jang engkau lupakan Aku... Aku mempunyai banyak perkara yang dapat kita kongsikan bersama.

Baiklah ..Aku tidak akan terus mengganggumu. engkau bebas untuk memilihKu. itu adalah keputusan mutlakmu. Tetapi Aku telah memutuskan untuk memilihmu dan oleh kerana itu, Aku tidak akan terus mengganggumu sampai bila-bila, kerana sesungguhnya Aku amat dan teramat mencintaimu.... terpulanglah kepadamu untuk menilai keindahan dunia dan kesungguhan cintaKu kepadamu..

Aku tetap mencintaimu dan menunggumu.. datanglah, dan kembalilah kepadaKu..

sahabatmu... Yesus...

Khamis, 3 September 2009

WELCOMING JUNIOR PARTY







'junior2 yang baru'









Pada 22-23 Ogos 2009 bersamaan dengan hari sabtu dan ahad yang lalu, team CSG iaitu lebih dikenali sebagai Cotolic Student Group Our Lady of Fatima bahagian Politeknik Kota Kinabalu telah menganjurkan satu program iaitu ‘Welcoming Junior Party’ yang bertempat di CSG center (Shantau Sacred Heart). Tema untuk program ini ialah “Kasih Tuhan Yesus itu adalah cinta, seperti kasihNya seputih bulu domba”.


‘WJP’ ini biasanya diadakan sekali dalam satu semester. Tujuan ‘WJP’ ini diadakan adalah untuk meraikan kedatangan atau kemasukan pelajar junior dalam team CSG ini. Di samping itu juga, mereka akan diperkenalkan dengan latar belakang CSG dan program-program yang biasanya akan dilakukan sepanjang satu semester.


Aktiviti-aktiviti yang telah kami lakukan sepanjang dua hari ini adalah seperti, praise & worship, pertunjkan slide, icebreaking, ceramah, sharing, sesi bergambar, persembahan atas pentas, pergi ke misa kudus di Carmelite Mona stery dan sebagainya.



Dalam dua hari ini, banyak yang telah kami pelajari terutaman sekali di dalan sesi ceramah. Kami juga dapat mengeratkan hubungan diantara sesama kami dan dengan Tuhan. Dan yang paling penting sekali, kami lebih menyadari bahawa CSG ini adalah tempat di mana kita melayani Tuhan dan merupakan keluarga kedua bagi kita di dalam kampus.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada penasihat kami iaitu En. Paulus dan Ms. Adelin....







'kalau kamu nampak tu 4

orang yang pegang mangkuk basar, itu la dia tukang masak dalam program ini..'













'ramai jua kami kan..??'